Wednesday, 8 May 2019

APA ITU LUKISAN ELEKTRIK?

                                                           APA ITU LUKISAN ELEKTRIK?

Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.

Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.


Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat duasistem bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.
Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa. Setelah mempelajari unit ini , anda dapat :

i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.
ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan.
iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.
iv. Melukis pelan bentangan domestic.
v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna.
1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik

1.1.1. Sistem satu fasa
- Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu
kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal.

Sistem satu fasa (Single phase)
- Beban kurang seperti rumah kediaman

1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase)

- Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan
satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC.

- Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut untuk perkhidmatan penyediaan lukisan elektrik boleh hubungi:-
En Mohd Sazli : 013-2020912
Pn Shazeera : 013-2020320










Apa itu 'submission drawing'?



Mungkin ramai yang tertanya apa itu 'submission drawing'.

Ia nya merupakan satu standard pelan perincian bagi rumah/bagunan/rumah kedai dan lain-lain yang akan di hantar kepada pihak berkuasan tempatan(PBT) untuk mendapatkan kelulusan bagi memulakan kerja kerja di tapak bina.

Kami memberikan semua kepada anda termasuk soft copy pelan dalam format Autocad bagi memudahkan anda untuk mengubah pelan asal koleksi kami mengikut cita rasa anda sendri.

Berikut contoh "Submission Drawing".


4 PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN

                                       4 PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN

Sistem Penilaian Lukisan Pelan

Semasa membuat lukisan Pelan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk menentukan setiap lukisan pelannya diterima mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:-

1) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.

2) Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut.

3) Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelukis pelan.

4) Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu seperti kemahiran menggunakan software antaranya Autocad.







Follow: 
FB PAGES : SZ DESIGN STUDIO




Saya nak buat rumah... Berapa kos??



Saya nak buat rumah... Berapa kos??
Paling simple nak dapatkan kos anggaran secara kasar kira ikut formula ni - luas binaan X kos kontraktor (ft2- kaki persegi)
Contoh:
JIKA' keluasan rumah anda!!
luas 40x50 = 2000 ft2
luas 30x50 = 1500 ft2
kos kontraktor semasa PADA WAKTU DAN TAHUN ?

..bertanya pada beberapa orang kontraktor buat survey dan tanya²lah mereka
katakan lah kos sekarang ini ni RM 150 kaki persegi jadi
klu luas 2000 ft darabkan dgn harga ni maka anggaran = RM 300,000
klu luas 1500 darab/kali dgn harga ni maka anggaran = RM 225000

Jika nak kira secara terperinci nak kena upah quantity surveyor la... baru dapat harga lebih tepat.... brape nak pakai batanya, besinya, konkritnya,
formworknya, atapnya, dsbnya...
untuk nak dapat anggaran secara kasar guna formula ni..

Credit to : KONTRAKTOR MALAYSIA








Follow:
FB PAGES: SZ DESIGN STUDIO

Tuesday, 7 May 2019

Apa itu konkrit bertetulang?

Kepada yang baru dalam bidang kerja struktur bangunan, fahami dahulu konsep 'apa itu konkrit bertetulang' (reinforcement concrete).

























Follow:
FB PAGES : SZ DESIGN STUDIO




CARA PENGIRAAN BATA



CARA PENGIRAAN BATA :
1 IKATAN STRETCHER / DATAR BATA (Tebal 1 Bata) :

Cari keluasan tembok iaitu = Panjang x tinggi tembok
Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² = 60 biji bata - Stretcher )
Jumlah bata = 900 ketul Mortar ( Bancuhan 1 : 4)
Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu : 

1) Berpandukan bil. bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³
2) Berpandukan luas tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³
Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³ Dalam kiraan beg/kampit
= 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag Pasir
= 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³

IKATAN STRETCHER / SISI BATA (Tebal 1/2 Bata) :
Formula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu
= Panjang tembok x tinggi tembok
Contoh 2. Ikatan English ( lihat Rajah B)
= Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)
Jumlah bata = 1800 ketul
Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

1) Berpandukan bil. bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90m³
2) Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90m³
Simen = 1/5 x 0.90m³ = 0.18 m³
Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit = 5 bag Pasir = 4/5 x 0.90 m³ = 0.72 m³

FORMULA KERJA-KERJA MELEPA (PLASTER) :

Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan lepaan adalah 19 mm = 75 m² x 0.019 m
Jumlah Mortar = 1.43 M³
Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5 = 0.286 M³
Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25 = 8 beg simen
Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5 = 1.14m³

FORMULA PENGIRAAN JUBIN / MOZEK :
LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN
Contoh 1: Jika saiz jubin 300 mm x 300 mm Luas Kawasan = panjang x lebar = 25 m x 3 m = 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m = 0.09 m²
Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m² = 834 keping

FORMULA KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED) :
Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan mortar 20 mm = 75 m² x 0.0003.
Jumlah Mortar = 1.5 M³
Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5 = 0.30 M³
Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25 = 8.5 beg simen
Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5 = 1.2 m³

KIRAAN PELEKAT ADHESIVE FORMULA :
Panjang x Lebar = 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan adhesive 5 mm = 75 m² x 0.005m
Jumlah Mortar = 0.37 M³

FORMULA PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT :

= Panjang x Lebar x Tinggi = 15 m x 5 m x 1 m
Isipadu konkrit = 75 m³ ( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )
Jumlah simen = 1/7 x 75 m³ = 10.72 m³
Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg
= 303 bag/kampit
Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³ = 21.43 m³
Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³ = 42.86 m³
FORMULA PENGIRAAN ATAP
Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping) Contoh Pengiraan:
Luas Kawasan = 15m x 5m = 75 m²
= 75 m² bersamaan 807 k²
Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k² = 807 keping
Nota: Anggaran Pingiraan a) 1m3 simen = 28.25/bag b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

FORMULA PENGIRAAN SILING :

Keluasan siling rumah ditentukan oleh horizontal. Jika sama timbangan air boleh terus gunakan formula begini.
Kira luas sekeping siling.
Contoh 0.6 m x 1.2 m = keluasan sekeping siling
Jadi keluasan = nilai x darab nilai y.
Jumlah tersebut bahagi dengan keluasan sekeping siling . Dapat jumlah keping yang akan digunakan.

FORMULA PENGIRAAN CAT :

CAT AIR (dinding bersimen)
Kira dahulu keluasan yang akan di cat.
Formula cat adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 15 meter persegi (untuk 1 lapisan)
1 liter = 15m2. Jadi keluasan keseluruhan bahagi dengan 15m2 kita akan mendapat jumlah liter cat yang akan digunakan. Pengiraan ini adalah untuk 1 lapisan yang dicat sahaja.

CAT MINYAK (Besi / kayu / zink)
Formula yang digunakan adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 18m2.
1 liter = 18m2

Pengiraan untuk cat diatas adalah untuk permukaan yang telah disapu dengan cat alas (undercoat) pengiraan untuk undercoat adalah 1 liter cat bersamaan 20m2.

Untuk maklumat lanjut lukisan pelan boleh hubungi:
En Mohd Sazli : 013-2020912
Pn Shazeera : 013-2020320

FOLLOW:
FB PAGES : SZ DESIGN STUDIO



LEGANYA RUMAH IDAMAN DAH DAPAT. TAPI NAK UBAH SUAI DAN BESARKAN LAGI. MUDAH & SELASA APABILA RAMAI BERKUMPUL!

{#LEGANYA RUMAH IDAMAN DAH DAPAT. TAPI NAK UBAH SUAI DAN BESARKAN LAGI. MUDAH & SELASA APABILA RAMAI BERKUMPUL!}
.
.
.
++ Anda sudah kering idea untuk membuat design rumah/ bangunan yg MENARIK?
++ Sudah ada idea tapi mencari pelukis pelan yang mengikut citarasa anda masih tak jumpa? Dateline pula kena cepat?
++ Anda kontraktor dan client mahukan pelan lantai dalam masa terdekat??
.
.
Mari kami bantu anda. Kami Team SZ DESIGN membantu anda dgn menawarkan pelbagai design yg MENARIK, EXCLUSIVE dgn HARGA BAJET.
.
.
.
JENIS SERVIS YANG KAMI TAWARKAN:
.
▶️Lukisan pelan 2D rumah dan bangunan (Pelan Lantai, Pelan Bumbung, Pelan Siling, Laluan Saluran Penyaman Udara, Pandangan sisi, Tangki Septik, Laluan sanitari dan saluran air, susun atur perabot,lukisan elektrik dan lukisan terperinci
▶️Perkhidmatan Hiasan Dalaman
.
▶️Lukisan Ubahsuai, Lukisan Hiasan Dalaman & Lukisan Gambaran Akhir (As build Drawing)
.
▶️Lukis Semula Pelan
.
▶️Pandangan 3D Perspektif Untuk Dalaman dan Luaran Rumah atau Bangunan
.
▶️Lukisan Elektrik (Cable Layout, Single line Diagram, Schematic Drawing & Electrical Diagram)
================
Dan yang paling penting kami berikan JAMINAN:
▶️ 3 SLOT untuk gubahan Design anda.
▶️ SOFTCOPY (pdf, jpeg dan png).
▶️ Kos yang BERPATUTAN.
.
.
Berminat dan nak tanya-tanya dulu?
.
Hubungi En Sazli : 013-2020912
              Puan Shazeera : 013-2020320

Follow:
FB PAGES:  SZ DESIGN STUDIO











APA ITU LUKISAN ELEKTRIK?

                                                           APA ITU LUKISAN ELEKTRIK? Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang b...